Smalam gi tukar minyak, sebis biase2 le kononnye....
kena lebih gak...
yg xbuat lagi...
dan ade satu lg minor leaking kt oil pan xleh amik gambo lg, mungkin kena tulah kawe mlawak dgn Mr Presiden aritu pasal oil pan tu gamaknye...huhuhu....
Monday, May 9, 2011
Thursday, May 5, 2011
Keta Curi Pun Ado Top 10....
The 10 Most Stolen Cars and Trucks in America
10. 2009 Toyota Corolla
9. 2002 Ford Explorer
8. 1994 Acura Integra
7. 1994 Chevrolet Pickup
6. 2000 Dodge Caravan
5. 2004 Dodge Ram Pickup
4. 1997 Ford F-150 Pickup
3. 1991 Toyota Camry
2. 1995 Honda Civic
1. 1994 Honda Accord
Trade-In Value: $975
Original Price in 1994: $15,430
New Car Value (2011): $20,200
And the winner of the Most Stolen Vehicle contest is … the Honda Accord! The model year is 1994, the year that NAFTA was established, skater Nancy Kerrigan was clubbed in the knee with a pipe and O.J. Simpson took the entire nation on a high-speed chase.
The Accord is loved by both drivers and thieves and is universally stolen all over America. Drivers love it for its quality and refinement. It handles well, rates high on safety and maintenance and has a roomy interior. Thieves, of course, love them for their parts, which don’t change much from year to year, and for their lack of anti-theft technology.
Sumber
10. 2009 Toyota Corolla
9. 2002 Ford Explorer
8. 1994 Acura Integra
7. 1994 Chevrolet Pickup
6. 2000 Dodge Caravan
5. 2004 Dodge Ram Pickup
4. 1997 Ford F-150 Pickup
3. 1991 Toyota Camry
2. 1995 Honda Civic
1. 1994 Honda Accord
Trade-In Value: $975
Original Price in 1994: $15,430
New Car Value (2011): $20,200
And the winner of the Most Stolen Vehicle contest is … the Honda Accord! The model year is 1994, the year that NAFTA was established, skater Nancy Kerrigan was clubbed in the knee with a pipe and O.J. Simpson took the entire nation on a high-speed chase.
The Accord is loved by both drivers and thieves and is universally stolen all over America. Drivers love it for its quality and refinement. It handles well, rates high on safety and maintenance and has a roomy interior. Thieves, of course, love them for their parts, which don’t change much from year to year, and for their lack of anti-theft technology.
Sumber
Wednesday, May 4, 2011
Kereta 15 tahun masuk Puspakom
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).
“Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.
“Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.
Difahamkan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan sistem pemeriksaan kenderaan yang lebih tersusun.
Kajian semula NAP juga antara lain:
Mustapa berkata, menerusi langkah baru itu, usaha sama strategik antara Proton Holdings Bhd, pengeluar kenderaan nasional dan Pembuat Perkakasan Asal (OEM), akan diwujudkan.
Kajian semula itu bagaimanapun mengekalkan pembekuan ke atas lesen pengilangan bagi kontrak pemasangan kenderaan kecuali menggunakan lebihan kapasiti sedia ada.
Pada masa sama, Mustapa berkata, langkah semasa untuk meringankan impak liberalisasi pasaran akan dikekalkan di mana Dana Pembangunan Automotif dan Dana Penyelarasan Perindustrian akan diteruskan.
Dasar baru itu juga menyaksikan peningkatan pengecualian pada pendapatan statutori pada nilai peningkatan eksport kenderaan, alat ganti dan komponen.
Pengecualian pendapatan statutori akan dinaikkan kepada 30 peratus daripada 10 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah dan sehingga 50 peratus daripada 15 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.
Mustapa berkata, di bawah dasar kajian semula itu, Kementerian Pengangkutan akan memberikan keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi mewujudkan standard dan kemudahan pengujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).
Mengenai standard bahan api, katanya, kerajaan akan melaksanakan standard EURO 4M menjelang 2011.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mewujudkan rangka pelan yang jelas bagi standard dan kualiti bahan api. Spesifikasi EURO 2M bagi bahan api dan diesel diperkenalkan sejak September lalu.
Sumber
Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu
Ref No: 03/11/05
Embargo: For immediate release
Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu Memastikan Akses Lebih Luas pada Kadar yang Berpatutan
Tarif Motor yang tidak pernah dikaji semula sejak 30 tahun yang lalu menjadi punca utama kepada kesukaran orang ramai dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Meskipun kadar premium tidak pernah dinaikkan, bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans telah meningkat dengan nyata.
Di bawah rangka kerja baharu ini, penyelarasan kadar premium yang akan dilkuatkuasakan pada 1 Januari 2012 adalah kecil dan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang empat tahun. Sebagai contoh, bagi perlindungan Pihak Ketiga, premium insurans bagi motosikal berkapasiti 110cc akan naik antara RM1.00 hingga RM3.50 setiap tahun (maksimum 30 sen sebulan) dalam jangka masa empat tahun. Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400cc, premiumnya akan dinaikkan antara RM6.00 hingga RM34.00 setiap tahun (maksimum RM2.80 sebulan) dalam jangka masa yang sama. Bagi kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium kepada penumpang adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang. Selain itu, kategori-kategori kenderaan seperti teksi sewa dan pandu yang jarang sekali atau tidak pernah membuat tuntutan insurans akan mendapat manfaat daripada premium yang lebih rendah atau kadar kenaikan kadar premium yang kecil.
Rangka kerja baharu ini juga akan melibatkan pelaksanaan segera langkah-langkah kritikal bagi menjadikan penyelesaian tuntutan motor lebih cekap. Langkah ini termasuk penubuhan pusat panggilan 24 jam di seluruh negara untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa kemalangan di tempat kemalangan, membantu pengeluaran notis tuntutan yang lebih cepat dan mudah, masa yang lebih pendek untuk mendapatkan laporan polis dan perubatan, dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang cara untuk membuat tuntuan insurans dengan cepat. Kesemua langkah tersebut akan mengurangkan dengan nyata tempoh untuk menyelesaikan tuntutan daripada 1 hingga 5 tahun kepada 6 hingga 18 bulan. Satu Jawatankuasa Bersama (JWC) yang dipengerusikan oleh Bank Negara Malaysia dan dianggotai oleh wakil agensi Kerajaan yang utama, industri insurans dan persatuan pengguna dan perniagaan untuk memantau pelaksanaan langkah-langkah yang telah dikenal pasti.
Pada masa ini, sesetengah pemilik kenderaan persendirian telah dikenakan premium yang tinggi apabila membeli polisi daripada Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), iaitu penanggung insurans terakhir. Walaupun isu ini telah mendapat perhatian umum yang meluas, ia hanya mencakupi kira-kira 2% daripada jumlah bilangan kenderaan yang dinsuranskan di Malaysia. Kumpulan ini terdiri terutamanya daripada kereta persendirian yang berusia lebih daripada 10 tahun. Bagi menangani isu ini, peraturan dan operasi MMIP sedang dikaji semula bagi memastikan pemilik kenderaan bermotor ini tidak semestinya dianggap berisiko tinggi dan akan mendapat akses kepada perlindungan motor pada premium yang lebih rendah. Bagi kenderaan yang betul-betul berisiko tinggi, akses kepada perlindungan sedemikian akan disediakan melalui MMIP tetapi akan tertakluk kepada premium berpatutan yang sepadan dengan risiko itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)