Wednesday, March 23, 2011

Beransur-ansur henti import alat ganti kereta terpakai mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kerajaan akan menghentikan import alat ganti dan komponen kereta terpakai secara berperingkat mulai 1 Jun tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria.

Dalam peringkat pertama, empat barangan kritikal akan dilarang daripada diimport iaitu pelapik brek, pengalas brek, tayar dan bateri, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat antara agensi-agensi kerajaan dan wakil-wakil dari Persekutuan Persatuan Alat Ganti Motor dan Kejuruteraan Malaysia (FEMPTAM) dan Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM).

Rebecca berkata, melalui perundingan dengan peserta industri dan agensi-agensi kerajaan yang lain, semua pihak telah bersetuju larangan itu dilaksanakan secara beransur-ansur bermula dengan komponen dan alat ganti yang paling kritikal.

Beliau berkata, kementerian itu akan terus berbincang dengan peserta industri serta agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan untuk mengkaji piawaian yang akan diwujudkan sebelum mengambil langkah untuk mengenakan larangan seterusnya. - Bernama

KechieX: Sapo yg rase nk simpan koleksi tu, buleh la beli pelan2 skang nih spare part yg penting2 yg mane slalu kna tukar tu...
Sumber: Kaki Kereta 

No comments: