Wednesday, March 30, 2011

Mungkin Sebab Half Cut Dh Mahal Kot....

'Geng Mudah Dot Com Pantai Timur' jual komponen curi tumpas


2011/03/30

SERDANG: "Geng Mudah Dot Com Pantai Timur" yang menggunakan laman web untuk menjual komponen kereta curi dengan keuntungan mencecah RM60,000, berjaya ditumpaskan polis menerusi dua serbuan minggu lalu.

Dalam serbuan di Seri Kembangan dan Puchong itu, enam orang termasuk sepasang kekasih yang semuanya berusia antara 20 dan 30 tahun berjaya ditahan.

Mengulas modus operandi geng yang aktif sejak Januari lalu itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abd Razak Elias, berkata kumpulan itu mencuri kereta di sekitar Lembah Klang sebelum meleraikan komponen yang kemudian diiklankan menerusi laman web.
"Gambar komponen kereta itu akan dimasukkan ke dalam laman web untuk disebarkan kepada pelanggan. Selain itu mereka turut menjualnya kepada pelangggan di kawasan Pantai Timur dan untuk kegunaan sendiri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas serbuan pada Isnin itu, Abd Razak berkata tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.


"Dalam serbuan itu kita rampas satu enjin kereta yang dicuri di kawasan Bukit Jelutong, pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan meleraikan komponen kereta dan komponen kereta yang telah dileraikan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan," katanya.


Abd Razak berkata, sejam kemudian, polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Saujana Putra, Puchong, dan menahan dua lelaki serta merampas satu komputer riba, peralatan untuk mencuri kereta dan nombor pendaftaran kereta yang dicuri.

Katanya, setengah jam kemudian polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di hadapan rumah itu serta merampas satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dan sehelai baju pantulan cahaya tertulis perkataan "POLIS".

"Hasil tangkapan semua suspek, polis menemui semula empat kereta jenis Mazda, PROTON Saga, Wira dan Satria yang telah dileraikan komponennya dan ditinggalkan di kawasan Bukit Jalil, Seri Kembangan dan Puchong," katanya.


Abd Razak berkata, perintah reman ke atas mereka juga telah dilanjutkan tujuh hari lagi bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian

KechieX: Mungkin sbab barang hafkat dh mahal gara2 pengharaman barang 2nd import....so mungkin banyak lagi kejadian curi blaku, minggu lepas je 4 bijik keta member2 kawe ilang...huuu....

1 comment:

abduL said...

ini orang kasik panas nama pantai timur saja..damn..