Monday, March 7, 2011

Fifth Gen Accord

Memandangkan kawe punye keta dari Accord generasi ke-5, dikepilkan artikle dari Wikipedia yang berkenaan. Enjoy your reading.

1993–1995 Accord VTi sedan (Australia)
Pada tahun 1994, Honda Accord telah berubah kepada "CD" iaitu chasis yang lebih besar, terutama untuk kesesuaian dengan keperluan pasaran Amerika Utara. Kelebarannya bertambah tapi panjangnya menyusut, menjadikannya diklasifikasikan sebagai Kereta Saiz Pertengahan di Amerika Utara. Dengan demikian menjadi terlalu lebar untuk spesifikasi kelas Kereta Penumpang di Jepun, di mana peranannya diambil alih oleh generasi kedua yang lebih kecil Honda Ascot dan Honda Rafaga . Enjin yang ditawarkan juga melebihi had maksimum 2000 cc untuk tetap berada dalam kelas Kereta Penumpang.

DX, LX dan EX tetap menjadi garis trim Amerika sambil Kanada mempertahankan LX, EX dan EX-R. Transmisi manual 5-kelajuan sebahagian besar tetap tidak berubah, manakala transmisi 4-kelajuan automatik mengalami perubahan drastik, termasuk Program Honda "Grade-Logic" sekarang. Semua model Accord diberi interior lebih ergonomik dengan ciri-ciri keselamatan standard seperti Dual-Airbag dan kerangka tepi diperkukuh. 

Perkara yang eksklusif terdapat pada EX adalah versi enjin F22B1 SOHC VTEC peningkatan oleh Butch Mariano dari generasi sebelumnya 2.2 liter 4-silinder (membuat hp 145 kW (108) naik dari 140 hp (104 kW) generasi EX sebelumnya), Anti-Brake Lock (sekarang pilihan untuk LX), 4-Disc Brake, 15" Rim Alloy, dan Stabilizer Bar belakang.

EX dengan trim dalaman kulit dikenali sebagai EX-L. Untuk model DX dan LX dilengkapi Enjin 2.2 non-VTEC dari generasi sebelumnya yang telah dipertingkatkan. F22B2 ini telah dipertingkatkan kepada 130 hp (97 kW) naik dari 125 hp (kW 93) generasi sebelumnya . Accord kembali dinamakan  Import Car of the Year pada tahun 1994 oleh Motor Trend. Accord Coupe seperti pada generasi sebelumnya, tampak hampir persis seperti sedan dan merupakan generasi terakhir dari Accord yang menawarkan variasi Wagon di Amerika Utara sebelum diperkenalkan Accord Crosstour pada tahun 2009.
 
Honda Jepun menghasilkan tiga model berprestasi tinggi Accord (sedan, coupe, dan 96-97 wagon) untuk pasaran Jepun (JDM) dikenali sebagai model SiR. The Honda Accord SiR models were not hard to tell apart from the Accord EX model; which came equipped with the H22A DOHC VTEC engine instead of F22B1 SOHC VTEC engine. Model Honda Accord Sir tidak sukar dibezakan daripada model Accord EX; ianya didatangkan dengan enjin H22A DOHC VTEC bukannya F22B1 SOHC VTEC. Spesifikasi enjin H22A DOHC VTEC adalah 190 bhp (142 kW; 193 PS) pada 6800 rpm, torque puncak 152lb · ft (206 N m) pada 5500 rpm dengan nisbah mampatan 10.6:1. 190 hp (142 kW).
1994–1995 Honda Accord coupe (US)

H22A DOHC VTEC tersebut mirip enjin H22A1 dipasaran Amerika Utara yang digunakan dalam Prelude DOHC VTEC dari era yang sama. Accord SiR Sedan binaan Jepun (94-97) datang dengan transmisi manual 5-kelajuan sebagai peralatan standard atau sebagai pilihan transmisi automatik 4-kelajuan. Accord Coupe SiR yang dibina oleh Honda of America- (HAM)  dan kemudian Accord Wagon SiR 96-97 mempunyai transmisi automatik 4-kelajuan sebagai peralatan standard (transmisi 5-kelajuan manual tidak tersedia untuk kedua-dua model). Ianya datang dengan fabrik Sport Seat mirip Prelude dan mempunyai beberapa pilihan kuasa seperti yang terdapat pada Accord EX. Accord Coupe SiR (94-97) dan Accord SiR Wagon (96-97) disediakan secara eksklusif untuk pasaran Jepun (JDM). Kod chassis Honda Accord SIR untuk sedan adalah CD6, Coupe-CD8 dan 96-97 Wagon-CF2. 
1994–1995 Accord wagon (US)

Accord Coupe SiR dan  Accord Wagon SiR (96-97)  dibina secara eksklusif di kilang Honda Ohio Marysville (HAM) tetapi hanya untuk pasaran eksport Jepun dan model ini tidak dipasarkan di Amerika Utara. Accord Coupe SiR dan kemudian Accord SIR Wagon dilengkapi dengan H22A DOHC VTEC yang dihantar dari Jepun dan dipasang pada model Accord SiR HAM. Chasis Accord 1994-1997 "CD" direka supaya enjin H22A DOHC VTEC dipasang, kerana Firewall melengkung di bahagian atas dibuat untuk membolehkan lebih banyak ruang untuk H22A DOHC VTEC itu dicondongkan ke belakang pada bahagian tengah dari firewall. Enjin H22A DOHC VTEC adalah enjin 4-silinder inline yang berkuasa dibina untuk Prelude dan Accord sebelum model Sedan V6 1995 US-spec.  

Spesifikasi dalaman untuk model Accord (sedan dan coupe) 94-95 SIR termasuk item berikut: Cruise Control, Automatic Climate control (sama seperti 1st Generation Acura CL), Bose Stereo System, 7400 Redline Tachometer, pilihan Electronic Traction Control dan pilihan Limited Slip Differential (LSD) untuk Transmisi Automatik, pilihan SRS dan Airbag, Lampu Pemanduan Standard, Sound-Proof pada bonet hadapan, Lampu utama Smoke (Black Housing), tiada Lining tepi (Side Molding) pada Accord SiR sedan, Sunroof pilihan dan Cermin Sisi Automatik. Spesifikasi untuk Model Accord SiR 96-97 (sedan, coupe dan wagon) sama seperti di atas dan ditambah; pilihan Cruise Control, Wiper Cermin Belakang pada Sedan, dan Side Molding berwarna juga untuk sedan.
 
Pada tahun 1995, Accord telah digandingkan dengan enjin V6 enjin, 2.7L C27 diambil dari generasi pertama Acura Legend di pasaran US. Model V6 ditawarkan dalam versi LX dan EX dari untuk sedan, model LX yang disebut sebagai LX-V6 dan model EX sebagai EX-V6. Model EX-V6 dilengkapi seperti model EX-L, Seat kulit menjadi satu-satunya pilihan di EX-V6. Penambahan mesin C27 memerlukan perubahan besar pada platform CD, dengan model V6 susun atur ruang enjin dikemaskini, Fender depan lebih tinggi, dan Bonet hadapan berbeza dari model I4 , namun perbezaan sukar dikesan jika kedua-dua model tidak berada bersebelahan. Kedua-dua versi dari V6 menerima ekzos Dual-Outlet, transmisi 4-kelajuan, 15" Aluminum Alloy pada EX-V6 dan 15" Steel dengan penutup penuh pada LX-V6, dan grill depan yang telah dikemaskini. The Accord saw very little other changes in 1995 with the exception of a few different exterior and interior color combinations. Accord menunjukkan perubahan yang sangat sedikit pada tahun 1995 selain dari bentuk luaran sedikit berbeza dan kombinasi warna interior.
1995–1997 Honda Accord EXi sedan (Australia)
 
Pada tahun 1996, Accord menjalani facelift pertengahan generasi seperti biasa. Bumper lebih bulat, sedikit perubahan facial depan dengan lampu isyarat baru lebih panjang dan begitu juga lampu belakang yang memberikan Accord kelihatan lebih lembut. Semua Honda sekarang memenuhi keperluan Kerajaan Persekutuan, diagnosis enjin OBD II, meskipun semua tiga pilihan jentera tetap sama. 

Dalam rangka meningkatkan daya saing Accord di pasaran antarabangsa yang berbeza, Honda CEO Nobuhiko Kawamoto memutuskan satu platform asas untuk generasi Accord keenam, tapi dengan badan-badan yang berbeza serta perkadaran untuk pasaran tempatan. Di US, barisan model 1996 termasuk Anniversary Edition 25, diletakkan antara model DX dan LX.

Pada tahun 1997, Honda mengeluarkan Accord versi "Special Edition"(bukan SE). Ditawarkan dalam tiga warna: Heather Mist Metalik, San Marino Red dan Dark Currant Pearl. Special Edition dikilangkan dengan pemasangan sistem keselamatan Keyless Entry, CD Player Single Disc, Side Molding, Rim Alloy dan Sunroof. Ianya ditawarkan dalam transmisi automatik sahaja dan dilengkapi dengan enjin yang sama dengan LX.
 
Di New Zealand, Accord generasi ke-5 itu dipasang di kilang Honda di Nelson dan dipasarkan pada bulan Mac 1994. Ianya terdapat dalam variasi LXi, EXi dan Trim Level EXi-S. A facelift was released in December 1995, which coincided with the release of VTEC engines in the upper-spec models. Facelift diperkenalkan pada bulan Disember 1995, yang bertepatan dengan keluaran mesin VTEC pada model lebih atas. Trim level yang diperkenalkan ialah LXi, VTI, dan VTI-S. Accord dalam pasaran NZ pertama kalinya dilengkapi airbag ialah – dua pada VTi-S, satu pada VTi.
1994 Honda Accord LX Interior (US)

Coupe dan Wagon yang dibina di US bagi generasi ini yang dihantar ke Eropah dengan pemanduan Left juga Right Hand Drive tetapi tidak ada pilihan jentera V6.

No comments: