RON adalah singkatan bagi Research Octane Number. Octane Number atau Octane Rating merujuk kepada kemampuan petrol untuk mengelakkan Pembakaran Pra-Matang atau Auto Ignition (Knocking) di dalam Enjin. RON yang lebih tinggi merujuk kepada keupayaan minyak yang lebih tinggi untuk mengelakkan berlakunya Auto Ignition. Dengan kata lain, itu bererti bahawa RON97 lebih sukar untuk terbakar berbanding dengan RON95.
Kenderaan yang berbeza direka untuk menggunakan RON yang berbeza. RON yang lebih tinggi pada dasarnya direka untuk kenderaan berprestasi tinggi seperti Sport Car atau Racing Car. Mengapa demikian? Hal ini untuk mengelakkan Auto Ignition bagi minyak dalam Enjin kerana Knocking akan berlaku, yang mana terjadi sebelum Spark Plug membakar minyak. Fenomena ini dikenali sebagai Knocking. Knocking tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan mengurangkan prestasi kenderaan.
Penggunaan RON yang betul berdasarkan reka bentuk dan penyesuaian Enjin akan memaksimumkan prestasi dan keberkesanan kenderaan. Kenderaan moden kini dilengkapi dengan Knock Sensor yang membolehkan Enjin menyesuaikan Timing pembakaran secara automatik sesuai dengan RON yang dimasukkan untuk mengelakkan berlaku Knocking atau Pembakaran Pra-Matang.

Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teori, ya, tapi paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen Y mungkin lebih baik daripada Petrol RON97 di stesen Z.
Perlu diambil maklum bahawa petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah berlainan kerana setiap syarikat mempunyai "Resepi Campuran" sendiri untuk meningkatkan kualiti kemampuan petrol masing-masing.
Adakah RON95 petrol berkualiti rendah? Ini adalah pendapat yang salah. RON merupakan campuran dua unsur asas, iaitu Petrol dan Pentana.
RON95 bererti kandungan minyak tersebut ialah 95% Petrol dan selebihnya ialah Pentana. Demikian pula, RON97 yang hanya 3% Pentana dan selebihnya Petrol.
Dari itu, jika kenderaan anda dicipta untuk RON97, RON95 tidak boleh kerana piston akan mengalami Knocking. Petrol bertujuan memberi tekanan (letupan) dengan baik, tetapi Pentana hanya mengurangkan Auto Ignition bagi mengelakkan Knocking.
Tidak semua kenderaan memerlukan petrol dengan RON yang tinggi. Nombor yang lebih tinggi RON tidak bererti ia menjadikan kenderaan anda lebih Power. Ia bermakna bahawa ianya lebih sukar untuk terbakar. Ia juga membuatkan kos anda meningkat!!!...
Bagaimana nk semak keperluan minimun RON untuk Kenderaan anda???
1. Refer Owner's Manual / Handbook.
2. Nombor Punch atau sticker yg terdapat pada Lid/Cover Penutup Minyak.
Berdasarkan apa yang saya tahu, semua model Honda Malaysia serasi dengan RON95. Tapi, disarankan untuk menggunakan RON97 untuk Honda Civic FD Type R kerana enjinya yang berprestasi tinggi dan diuji di Jepun dengan menggunakan RON100 untuk prestasi yang optimum.
Sumber: Yahoo!
KechieX: Jadi, untuk kreta yg ade Knock Sensor xperlu risau untuk menggunakan mane2 RON sbb kreta tersebut dengan sendirinye buleh Auto Adjust timing pembakaran di Combustion Chamber!!! Tapi mengambil mase la sket utk rase sedap sbb minyak dh bcampur2...Tapi kalu keta yg dh Rechip memang terasa kureng la kot pkai RON95...
No comments:
Post a Comment