Gambar Google |
Minyak Brek DOT 3 mungkin mengandungi sebanyak 2% air setelah setahun diservis. Setelah 18 bulan, minyah brek yang dicemari air meningkat kepada 3%. Dan setelah beberapa tahun, tidak hairanlah terdapat minyak brek yang dicemari sebanyak 7 hingga 8% air. Ini kerana terdapat ramai pengguna yang enam, tujuh atau lapan tahun tidak pernah menukar minyak brek!
Gambar Google |
Untuk membuang minyak brek yang telah dicemari air, ianya perlu diganti secara berkala kerana minyak brek DOT 3 & 4 adalah berasaskan Glycol dan menyerap kelembapan dari masa ke masa. Hal ini boleh terjadi samada pada kenderaan yang bergerak 30,000 batu (lebey kureng 50,000 km) atau hanya disimpan di garaj kerana pencemaran ke atas minyak brek lebih dipengaruhi oleh faktor masa dan kelembapan selain jarak pemanduan atau Mileage. Kelembapan memasuki sistem melalui Seal2 dan celahan ruang bersaiz mikroskopik di semua Hos dan saluran minyak Brek. Hal ini juga berlaku setiap kali Penutup Tangki minyak brek dibuka (Jadi, jangan bukak kalu xperlu).
Xyah Bukak kalu saje2....Gambar Google |
Apabila minyak brek bercampur lembapan (air), ianya menebal/mengental dan kurang mampu menahan panas dan rosak. Hasilnya adalah penurunan yang signifikan dalam takat didih minyak tersebut, yang mungkin pada keadaan yang tepat menyebabkan minyak brek mendidih di Kaliper. Setelah minyak brek bertukar menjadi wap, gelembung akan menyebabkan peningkatan jarak Piston harus pergi untuk membrek. Keadaan ini tidak perlu disamakan ketika lapisan brek terlalu panas akibat dari menekan brek pada jarak berhenti yang jauh bagi mengelakkan eksiden ataupun disebut Brake Fade. Brake fade memerlukan tekanan tinggi pada Piston untuk menghentikan kenderaan apabila minyak brek mendidih dan meningkatkan jarak Piston menyebabkan pedal brek pada kaki terasa lembut atau mudah ditekan.
Minyak Brek yang mendidih lebih merbahaya kepada kereta pacuan hadapan kerana suhu operasi yang lebih tinggi yang dihasilkan oleh brek hadapan yang semakin mengecil pada masa kini, dan kerana sistem hidraulik yang dibahagikan secara menyerong. Pelapik Semi-Logam menyebabkan kepanasan dengan menyebar haba panas dari Rotor ke Kaliper. Jika minyak brek mengandungi banyak lembapan dan tidak tahan panas, ia akan mungkin mendidih.
Mugen pun ade.... Gambar Google |
Minyak brek DOT 3, yang telah lama digunakan dalam kereta domestik yang paling dan lori kecil, memiliki takat didih kering minimum 401 darjah Farenhiet (205Celcius). Pada 3% kemasukan lembapan akan merendahkan takat didih sebanyak 25% atau 100 darjah Farenhiet (37.7C)! Minyak Brek DOT 4 "Extra Heavy Duty", yang digunakan dalam kebanyakan kereta Eropah, mempunyai takat didih kering yang lebih tinggi 446 darjah Farenhiet (230C). Minyak brek DOT 4 menyerap lembapan lebih lambat dari DOT 3 tetapi mengalami penurunan lebih besar untuk ketahanan haba apabila kelembapan terbentuk. Hanya 2% lembapan dalam minyak brek DOT 4 akan menurunkan takat didih hampir 50% atau 200 darjah Farenheit (93.3C)!
PERHATIAN: Gunakan jenis minyak brek yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan (OEM). Jangan menggunakan DOT 3 pada kenderaan DOT 4. Tetapi anda boleh menggunakan DOT 4 pada kenderaan DOT 3.
Walaupun Owner's Manual untuk kebanyakan kenderaan tempatan tidak disertakan atau mempunyai masa yang tertentu atau jarak tempoh bagi menggantikan minyak brek, adalah disyorkan pertukaran dilakukan setiap dua tahun sekali untuk rawatan pencegahan dan cara yang baik untuk meminimumkan risiko minyak brek mendidih dan kerosakan dalaman bagi sistem brek. Paling tidak, cecair harus selalu diganti apabila brek digantikan.
Gambar Google |
Sesetengah pendapat berkata, menggunakan minyak brek silikon DOT 5 dapat menghilangkan masalah pencemaran kelembapan. Minyak brek yang berasaskan silikon ini, tidak menyerap lembapan dan secara teori ianya minyak brek yang tahan "seumur hidup". Lebih baik lagi, DOT 5 mempunyai takat didih kering yang lebih tinggi sekurang-kurangnya 500 darjah F (260C) dan takat didih basah dari 356 darjah F (185). Tapi DOT 5 ini sangat mahal (hingga sepuluh kali harga minyak brek biasa! ). Ianya tidak boleh bercampur dengan DOT 3 atau 4, yang bermaksud semua minyak brek yang lama harus dikeluarkan jika hendak bertukar ke DOT 5 bagi mengelakkan dari pencemaran lembapan terbentuk oleh DOT 3 dan 4 dalam sistem. Dan tidak digalakkan untuk mana2 kenderaan yang dilengkapi dengan ABS kerana ia mengandungi peratusan udara terlarut yang lebih tinggi boleh menyebabkan berbuih ketika minyak brek bergerak pada kitaran yang tinggi. Selain itu, ianya memang hebat.
Bleeding pada sistem brek adalah Flushing keluar minyak brek lama secara total dan menggantikannya dengan minyak brek baru
Bleeding dilaksanakan atas sebab:
Untuk membuang gelembung udara yang mungkin telah memasuki sistem ketika pembaikan dilakukan, kerana kebocoran atau kerana tahap ketahanan menjadi terlalu rendah. Udara harus dibuang kerana ianya mempunyai tekanan dan membolehkan pedal brek ditekan dengan baik.
Setiap saluran brek harus di Bleed dalam urutan tertentu (yang berbeza-beza untuk kenderaan yang berlainan dan bergantung pada design sistem brek) untuk mengeluarkan semua udara dari saluran. Pada beberapa kenderaan yang dilengkapi ABS, prosedur Bleeding khusus mungkin diperlukan (yang juga memerlukan peralatan khusus dalam beberapa kes seperti scanner untuk pusingan solenoid ABS).
Bleeding dilaksanakan atas sebab:
Untuk membuang gelembung udara yang mungkin telah memasuki sistem ketika pembaikan dilakukan, kerana kebocoran atau kerana tahap ketahanan menjadi terlalu rendah. Udara harus dibuang kerana ianya mempunyai tekanan dan membolehkan pedal brek ditekan dengan baik.
Setiap saluran brek harus di Bleed dalam urutan tertentu (yang berbeza-beza untuk kenderaan yang berlainan dan bergantung pada design sistem brek) untuk mengeluarkan semua udara dari saluran. Pada beberapa kenderaan yang dilengkapi ABS, prosedur Bleeding khusus mungkin diperlukan (yang juga memerlukan peralatan khusus dalam beberapa kes seperti scanner untuk pusingan solenoid ABS).
Manual Bleeding...Gambar Google |
Brek boleh di Bleed secara manual dengan paip getah yang Clear ke skru Bleeder pada setiap kaliper dengan membuka skru tersebut dan tekan pedal brek untuk memaksa minyak brek keluar melalui paip getah, atau dengan peralatan seperti Power Bleeding Tools. Kebanyakan profesional Power Bleeding Tools kerana lebih cepat dan lebih mudah.
Salah satu jenis Power Bleeding Tool...Gambar Google |
sumber: Yahoo!
No comments:
Post a Comment